HOT STORY

Monday, September 6, 2010

ASAL USUL LEMANG...hehe

Sempena dekatnya Hari Raya, marilah kita mencari bahan untuk dibaca.Adapun ini cumalah jenaka.Harap terhiburlah sementara menanti waktu berbuka.







Adapun kisah terciptanya lemang ini berasal dari Negeri Sembilan, didalam daerah yang bernama Gemas.Pada ketika itu adalah zaman cemas.Askar Jepun pada ketika itu perlukan bekalan beras.






Tersebutlah kisah di salah sebuah kampung yang indah lagi permai , diadakan satu majlis kenduri berkhatan beramai-ramai.Ramai saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat-handai.Datang bagai dipanggil-panggil dilambai-lambai.






Tersangatlah sibuk hingga ke penanggah.Tenaga digembeling dikerah-kerah.Sedang mereka menyiapkan juadah, satu suara memberitahu pun kedengaranlah…






"Oghang Jopun datang weh…oghang Jopun datang…Copek selamatkan apo yang ado…mosti dioghang nak bogheh neh"






Bertempiaranlah mereka menyelamatkan diri.Tak kurang juga terkencing dalam seluar dan menggeletar gigi.Askar Jepun datang mengganggu kenduri.Ingin mengambil apa yang dicari.






Ada juga yang kental hatinya.Mendapat ilham menyembunyikan beras pulut dan santan kelapa.Hajat mereka membuat pulut kuning cuma.Bersama rendang daging untuk dimakan bersama.Tapi apakan daya ianya bertukar bencana.Jepun menyerbu ke kampung seraya berkata…






"Kami semua lapar.Dah seminggu kami makan kertas suratkhabar.Kalau kamu tak mahu ditampar, segeralah beri beras dan kami akan beredar."






Walaubagaimanapun penduduk kampung tidak mahu mengalah.Ditipunya askar Jepun dengan pelbagai helah.Sedang semuanya penat lagi lelah.Berkatalah seorang pemuda kepada si Jepun yang bedebah…






"Kami semua bukannya orang berada.Sebelum kehadiran anda, tetamu hanya makan ubi kayu bercecahkan gula.Apakah sanggup kamu menyantap itu semua?"






Punyalah marah askar-askar Jepun itu.Mendengar jawapan yang sudah mereka tahu.Ada pun mereka itu bukanlah dungu.Sedari mereka semua ditipu.






Beras pulut disembunyikan didalam buluh yang kurang panjang.Dialas pula dengan daun pisang supaya tidak miang.Diletakkan dibawah rumah agar tidak bisa dipandang.Santan kelapa dicurah kedalamnya semasa mereka datang.






Harapan mereka Jepun beredar dengan segera.Supaya mereka boleh asingkannya.Tapi apakan daya, kita mampu merancang tetapi Tuhan menentukanNya.






Askar Jepun punyalah marah.Dibakarnya dari depan rumah hingga hujung penanggah.Tiada apalah yang elok melainkan semuanya punah.Hanya kedengaran tangisan dan laungan tuan empunya rumah.






"Ala…ghumah den…ghumah den…den lomah…lomah den…lomah den…aaaaaa…lomah"






Setelah semuanya hangus terbakar.Askar Jepun pun mula beredar.Membawa perasaan marah membakar.Semua orang termanggu berdebar.Menguntung nasib terselamat daripada ditampar.






Terfikirlah seorang pemuda desa.Akan beras pulut yang disoroknya.Orang kampung berharap cuma.Majlis boleh bermula semula.Akan tetapi beras pulut dijumpai pemuda desa.Menjadi masak didalam buluh yang dilapiknya.Daun pisang berubah rupa.Terkejutlah dia seraya berkata…






"Apo kebondonyo ni?Bak ghaso secubit.Hmmm…sodapnyo…."






Dikala mereka pakat merasa.Tuan rumah menangis meronta-ronta.Ramai orang pakat mencuba.Juadah pelik itu pun diberikannya nama.Laungan tuan empunya rumah mendatangkan idea.Itulah lemang yang dimakan kau orang semua.



----------------------------------------------



Tanyaporn Herba hebat besarkan payudara,menganjalkan kulit,awet muda,slimkan tubuh badan,melicinkan dan melembutkan kulit.Herba dari thailand yang amat berkesan.

Pueraria Mirifica adalah merupakan sejenis tumbuhan yang banyak tumbuh di kawasan tanah tinggi di Utara Thailand. Dalam bahasa Thai, ia dipanggil White Kwao Krua.Pueraria Mirifica mempunyai kesan seperti estrogen yang sangat hebat. Ia telah digunakan berabad lamanya sebagai herba anti-penuaan. Pueraria Mirifica juga terkenal sebagai herba semulajadi untuk pembesaran serta penganjalan payudara.
MORE INFO KLIK DI SINI