HOT STORY

Wednesday, September 15, 2010

SUDAHKAH ANDA MEMBAYAR ZAKAT FITRAH??

Sudahkah anda membayar zakat fitrah?



Jika belum lagi eloklah dilaksanakan segera sementara anda masih ada lagi kelapangan. Memang lah waktu untuk membayar zakat fitrah itu panjang, tapi kita tidak tahu adakah dihujung ramadhan nanti kita mempunyai kelapangan untuk menunaikannnya.






Telah menjadi kewajipan ke atas umat islam untuk menunaikan zakat fitrah. Ianya adalah penutup kepada segala amal ibadat yang kita lakukan sepanjang bulan ramadhan. Zakat adalah rukun islam yang ketiga. Zakat berarti “Tumbuh”, “Berkembang”, “Menyucikan” atau “Membersihkan”. Zakat itu sendiri bermaksug memberikan sebahagian kekayaan untuk orang yang berhak menerimanya (mustahiq) jika sudah mencapai nisab (jumlah kekayaan minima) dan haul (batas waktu) zakat.






Dari Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa dari perkataan yang tidak berguna dan kotor, dan sebagai makanan bagi orang-orang miskin. Maka barangsiapa yang mengeluarkannya sebelum solat aidilfitri, ia menjadi zakat yang diterima dan barangsiapa mengeluarkannya setelah solat aidilfitri, ia menjadi sedekah biasa (Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)






Manakala syarat-syarat tertentu yang mewajibkan zakat itu ialah:






Islam – tidak wajib zakat bagi non-muslim


Merdeka – zakat tidak tertakluk kepada hamba yang dimiliki oleh tuannya


Sempurna milik – zakat hanya tunduk kepada harta yang 100% menjadi milik individu sama ada zat (fizikal) mahu pun manfaatnya


Cukup nisab – zakat hanya dikeluarkan apabila harta itu mencapai paras minimum kadar wajib zakat yang bersamaan harga 85 gram emas pada harga semasa


Cukup haul – zakat hanya dikenakan pada harta yang telah cukup tempoh setahun sama ada tahun Masehi (qamariah) ataupun hijri (syamsiah)


[e-zakat]






Di malaysia telah terdapat pelbagai cara dalam menunaikan zakat fitrah. Jika dahulu kita akan membayar zakat fitrah hanya di kaunter zakat atau pun membayar kepada amil yang telah dilantik di surau/masijd. Seiring dengan perkembangan teknologi, zakat juga boleh dibayar secara online mahupun secara SMS.






Bagi yang ingin menunaikan zakat fitrah tahun ini secara online, ianya boleh dilakukan di eZakatPay. Terdapat di situ juga ialah senarai Perbankan Internet yang boleh dibayar melalui eZakatPay.










Bagi kaedah pembayaran secara SMS. Umat islam di negara ini tidak perlu meraguinya. Menurut Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Mazlan Hashim, khidmat zakat fitrah menerusi SMS yang dikendalikan Celcom Malaysia Berhad (Celcom) itu tidak banyak beza dengan kaedah pembayaran melalui kaunter zakat atau amil yang dilantik. Sistem SMS yang digunakan tetap menyediakan akad sama seperti pembayaran zakat fitrah biasa dan ia diperkenalkan bagi memudahkan umat Islam membayar zakat. [kosmo]






“…Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-